Recipe Low Cost TiramiSOO~

|



Hai semua...Selamat Bercuti!!~
AJ da selamat tiba di Balakong Selangor...
Best nyee duduk rumah sendiri sambil menternak lemak Kan?..haha
Hari nie, AJ nak berkongsi satu resepi baru dengan semua pembaca..

Mesti semua tertanya-tanya kan...Nape ada gambar minah ni?? haha
Dont judge Book by its Cover tau..
Resepi kali nie merupakan nurkilan kreatif dari beliau..
AJ da pun minta izin kat beliau untuk post resipi nie..
Beliau dengan sporting nye memberi izin laluan
*macam bahas la pulak..hahaha*

Nama beliau Suhailah Hamzah atau nama glemer die SOO.
Sebab tu nama resepi nie adalah TiramiSOO..
* Tiramisu+SOO=TiramiSOO..taraa!!*

Semua orang tahu, nak buat Tiramisu susah dan ingredient-ingedient yang diperlukan sangat la mahal...
Maka dengan itu, SOO dengan bangganya mencipta Low Cost TiramiSOO!!~
Gambar di atas nie merupakan bahan-bahan yang diperlukan..

Philadelphia Cheese cream 250gm.
Butter 100gm.
Nestle cream 1 can.
Gula 1 cup.
Biskut Tiger ( Dihancurkan ) 2 cup.
Nescafe ( 3 in 1 ) 1 cup.
Serbuk koko 2 tbsp.
Whipping cream.

Mula-mula, letakkan dessert cup di atas meja.
Then, taburkan biskut tiger yang dihancurkan sehingga 2/3 cup.
Taburkan 3 tbsp serbuk nescafe dia atas biskut hancur tadi.
Seterusnya, tapis serbuk koko pula sehingga menutupi biskut dan nescafe tadi sepenuhnya.
Ratakan Cheese mixture sehingga dessert cup itu setengah penuh.
Anda boleh ulangi proses biskut, nescafe, koko tadi mengikut kesesuaian dessert cup anda, ataupun mengikut selera anda.
Buat la setinggi KLCC, bolehla jamu sekampung..hahaha

Setelah selesai mengulangi proses tersebut mengikut citarasa anda.
Tapis serbuk koko sekali lagi sebagai hiasan.
Anda juga dinasihatkan untuk sejuk-bekukan dahulu tiramiSOO sebelum ditata-rias.
*mcm pengantin la pulak..hahaha*

Tibe lah kite di dalam proses akhir dan ditunggu oleh ramai!!
kenapa??
Sebab AJ rasa semua orang suka jilat whipping cream kan?? hahaha
Hias la tiramiSOO anda dengan whipping cream oke!!
Buatlah putaran yang comel...seakan-akan bentuk...hmmmm
*anda tau la bentuk apa kan?? hahaha*

FINISH!!! sekarang hidanglah TiramiSOO pada tetamu yang hadir.
Boleh jua di hidang pada hari raya, tahun baru china, deepavali, krismas dll
*kata 1 Malaysia!! hehe*

Pendek kata..ingat TiramiSOO~ INGAT la SUhailah hamzah a.k.a SOO!!
Selamat Mencuba!! =)
Tepuk tangan kuat-kuat * clap-clap* & Standing Ovation untuk beliau.
Jangan malu-malu untuk meninggalkan komen..
nak tanya soalan pun boleh!! =)

Mo'men @ Sec 7, Shah Alam.

|

Adakah beliau model Mo'men??
* Tidak!!...haha* Sibuk je nak bergambar di sebalik poster burger itu..=)
Nama jejaka ini Fauzi boko.


Haaa....di pagi hari ni, AJ nak review sikit pasal Fast Food dari Negara Egypt yang baru je bukak branch baru kat Seksyen 7, Shah alam.
Mo'men diambil dari nama taukeh dia iaitu Mohamad Mo'men.
Restaurant Mo'men ni dibuka pertama kali pada tahun 1988
*Tahun AJ lahir ni beb!! huhu*
-Sila baca info di atas seperti Buletin Utama oke!!- =P





Shafiee pun nak jugak menjadi Model Mo'men tak rasmi...hahaha
*Asal Posing diorang ni sama jee??..huhu*



Ni la yang kitaorg order kat Mo'men...
Super Spicy Chicken RM 6.95
* Kalo Ala Carte tau*
If sekali ngan set, wif Fries and Pepsi harga dia RM 10.45
*Including Taxes*



Comel kan Basket yang disertakan sekali ngan foods?
Nampak Unik dan Glam..alangkah bagus kalau dapat bawak balik..hoho


Kuiz untuk pembaca sekalian :

Adakah kami semua membeli set yang sama iaitu Super spicy Chicken??
jawapannya adala YE!!!
*BFF kan, so selera anak tekak semua sama jee* hahahaha
Padahal kitaorg memang pantang nampak ayam yang pedas..huhu

Walaupun Mo'men ada banyak lagi types seperti Chicken Ala greque, Chicken Fajitas, Chicken Fillet yang mana semuanya same jee harga RM 6.95.
Tapi Super Spicy Chicken nampak lebih menyelerakan..nyum3

Good news for meat lover, ada jugak choice seperti Philly cheese steak, Beff Tenderloin and the price is lil bit higher range from RM 11.50.
* paham-paham la, harga meat kan lebih tinggi di pasaran* wink wink



Kami masuk dengan high expectation...
But it spoil our appetite exactly when we got the food....
Nak tau kenapa?

Roti yang digunakan kering macam french loaf je ( keras jua )
Then Spicy Chicken filling dia sgt la nipis and not tender as their competitor.
* you know who rite~* hihi
Teori pojie mengatakan maybe roti dan fillet dia kering coz Egypt kan cam negara padang pasir...so pasir=kering..??? hahahaha

Plus, AJ sgt la tak suka Fries yang jumbo size..
Sebab rasa dia tak berapa nak garing and crispy laaa...huhu..
Tapi tak rugi untuk mereka yang nak merasa nye buat kali pertama..
Kerana, kalau AJ tak silap..Ini branch pertama kat Malaysia tau..
So be proud to be Malaysian oke!! Malaysia Boleh!!
*Tetibe patriotik plak..haha*

So, apelagi?? review di atas ni hanya ikut anak tekak AJ dan BFF.
Tapi kalau pembaca yang lain rasa Mo'men ni menepati citarasa anda, Bolehlah berkongsi pendapat dengan AJ ye.
Jangan malu-malu untuk meninggalkan komen..=)




Abu Cafe @ Pusat Komersial, Shah Alam

|




Hai Hai Hai.....Lama Betul Tak Ber 'Blogging' coz AJ sibuk ngan Final exam...
* mcm DJ plak kan*
Setiap hari Tidur pukul 5am dan bangun seminit sebelum Zuhur....
Siang kurasakan Malam, dan malam Kurasakan Siang....

Tatkala Perut Lapa, Terkais la Tabung amanah semalam...
Itulah gerangan AJ yang kelaparan....hahaha
( oke tak madah berhelah ni?? ) =P


Disebabkan AJ da merdeka Sepenuhnya...Langsung kita ke Post seterusnya yach!
* pengaruh sinetron la nie...hoho*


Baru je tadi makan kat Abu cafe nie..dengan IbuBapa sempena Mothers day.
Bertempat di Pusat Komesial, Seksyen 7 Shah Alam..
Kalau Masuk tempat ni pusing kepala sebab susah nak cari parking..
Lagipun Pusat Komersial Memang tempat hotspot student UiTM cari makan..
*Bukan cari makan lain ye* =P



Soto Kaklong order - Agak sedap di situhhh~ hihi


Nasi Arab yang telah dihancurkan Mak sebelum sempat di snap..haha
* AJ tau mak dah lapar kan..hihi*
Ayam dia dalam Nasi Arab tau..
Dibakar dengan rempah ratus yang dirahsiakan~




Abu Cafe merupakan satu2 nya restaurant kat situ yang menawarkan Nasi Arab.. Walaupun Mula-mula tengok harga dia agak menakutkannnn.. Tetapi semuanya berubah bila Abah kata nak belanja...hihi *Love You so Much Abah!!!*
1 pinggan RM 10 oke!! Berbaloi ke??
Bagi pendapat AJ, nasi dia memang peroi dan tekstur beras yang satu-satu
( i mean nasi dia tak lembik la..hehe..ayat kampung ni)
Rasa dia AJ bagi 5 stars...serving portion pun boleh tahan tau...
Kongsi 2 org jua boleh...
Walaupun rasa dia macam Nasi Hujan Panas...still not bad laa...=)

Kaklong pulak order Nasi Ayam Penyet...
Sebab kitaorg rasa trends Ayam Penyet memang tengah IN sekarang..
So memang terliur la nak rasa..
Rupe-rupenya ia bukan nasi ayam...
Tapi Nasi Putih ayam penyet or Nasi Lemak ayam penyet...
Kaklong pun pilih Nasi Putih Ayam penyet....
Dihidangkan bersam tempe,kangkung,sambal belacan,sup..
Ayam dia goreng berempah biasa cuma penyekkan jeee...huhu
Harga dia RM7 sepinggan *Tetap ye harga di sini!! hihi*

Kalo taknak cube Nasi arab or Nasi Ayam Penyet ni anda juga boleh order Soto, Rojak serta makanan-makanan bergoreng yang biasa-biasa jee...
Ape tunggu lagi...ingin menjadi orang arab dengan cepat?
Rasa la Nasi arab di ABU CAFE...pastuh sgt sesuai shoppin kat Jakel dan sembang ngan taukeh die....*Full package lagi!!* hahahha



BarbeQue not that B*bi Queue oke!! =)

|
Malas nya nak studi untuk Paper final khamis niee....dah la ada 2 paper sekaligus, killer subject lak tu....naseb bukan painkiller or dress to kill...hohoho
Petang2 camni 6.00 pm kalau baca buku memang tak masuk otak ( tapi untuk sedapkan hati & untuk nampak rajin, terpaksa lah sumbat semuanya ibarat tauhu sumbat yang dijual di pasar malam.)
Sebut pasal tauhu sumbat, da lama tak makannn...ngidam la pulak..haha
Lebih2 lagi dicicah bersama kuah merah ataupun kuah kacang.......* proses saliva keluar tanpa henti bermula * hihihi

Oke2...back 2 basic, membebel lak AJ ni...entry kat atas ni tulis BBQ yang akan diadakan kat umah Datin. Datin mana?? haha...maap, saya bukan org atasan yang berkawan dengan datin2 mahupun datin wannabe ataupun son of the fish ( hihihi )....tapi Datin yg dimaksudkan adalah Datin Azizan lecturer yang mengajar AJ subjek Nutrition for Professional Semester 4 nie..
Standing ovation for me, sebab pernah belajar ngan Datin ( hahaha..macam la orang lain tak penah kan =P )

Bestnyee Datin nak belanje kitaorg 1 kelas BBQ kat rumah beliau, tapi dengan berat hati dan down to earthnya ( dalam bahasa melayu AJ selalu pandang bumi sebab pemalu orangnya..ahaks!~) AJ dan sahabat baik iaitu Shafiee tak dapat nak join sekali sebab banyak lagi chapter Hospitality Procurement ngan Nutrition tak habis cover lagi....
So niat nak berparty atau par-tea or have fun atau menggila memang tak muncul di hati nurani kami sejak exam week melanda diri umpama tsunami...

Kepada kawan-kawan yang pergi BBQ rumah Datin tuu, silalah bawak tupperware lebih supaya dapat tapau kan untuk kami yang sedang kencang dan hebat mentelaah pelajaran di rumah sewa nan indah nie..
And most importantly jangan lupa untuk kirim salam kat Datin and snap gambar banyak2 oke!!

P/s : sekali lagi MAAF kepada Keluarga Datin sebab tetamu kehormat mu ini tidak dapat menghadiri majlis gilang gemilang ini kerana banyak lagi perkara lain yang harus kami lakukan...diharapkan majlis tetap meriah tanpa kami di sisi ( cheewahhhhh~ hahaha =) )


  • Cerita pasal BBQ ni, Tetibe lak AJ teringat ayam Kenny waktu Praktikal dulu ( mcm takde kaitan jee antara roasting and barbeque...hahaha)....nanti AJ cerita experience praktikal at Next entry oke!~ Kalo rajin laa....hahaha...Chiau Cincau~

Laksa Shack @ Jusco AEON Bukit Tinggi Klang

|




Da lama sgt rasenya AJ tak menjejakkan kaki kat Jusco Bukit Tinggi, Klang.
Almaklumla, da hujung2 Sem ni, student selalu nye da pokai jee..hehe
Duit PTPTN pun da tak mampu nak tanggung hidup AJ kat Shah Alam nie..

Nseb Baik rumah dekat, boleh gak la mintak bantuan sara hidup kat akak-akak, dan parents..huhu

Berbalik kepada cerita sebenarnye, berlaku pada bulan March tak silap...waktu tu AJ ngan BFF, Shafiee nak tgk wayang kat Bukit Tinggi.
Lepas beli je tiket wayang, perut pun berkeroncong...
AJ dan Shafiee pun ronda2 la dekat Food court Jusco, namun takde pun yg nampak menyelerakan di mata AJ.

Tetibe AJ pun nampak LAKSA SHACK kat second flour Jusco rasanya, walaupun AJ ni bukan la peminat laksa yang setia, tapi rasa mengidam lak nak makan laksa haritu....hehe
Setelah mendapat persetujuan Shafiee, kami pun melangkah masuk ke Laksa Shack dan tgk menu card...memula tgk sgt2 la terkejut coz harga2 laksa dia range dari RM9.90...

Tapi da masuk takkan tetibe nak keluar aite...Malu la imej AJ nanti..hehe
So, AJ pun order la Laksa Johor manakala Shafiee pulak order Laksa Lemak Singapura...
Sampai2 jee Laksa tu, AJ terus rasa dan hirup kuah dia dan ternyata kepakaran Laksa Shack memg kena pada tempatnya...the originality is there!!
Walau mahal tapi takde la menyesal sgt sebab ternyata Laksa Shack punye laksa memg sedap.
Ada jodoh, kita jumpa lagi ye Laksa shack!! huhu.....Chiau cincau~


Double McChicken @ McD

|

Da lama AJ tak makan fast food sejak 'on diet' nie...hehe... Almaklumla, kalau belajar pun memg mengatakan makan Fast Food ni memg bahaya untuk kesihatan kite.. Ada gak quote yg ckp...Eating Fast Food, Fast to Die...huhu..Tapi terpulang la pada setiap individu untuk menilainye...betul tak?

Sejak belajar kat Shah alam ni, easy access sgt untuk kita ke mana2 fast food..
So, setiap kali nak masuk UiTM shah alam, AJ selalu sgt nampak McD kat Seksyen 3 tuu....Bukan je besar, modern malahan ramai sgt student dok makan kat situ...
kaya tol pelajar2 shah alam ni kan..hehe..

Pada suatu hari, AJ nampak 1 bunting besar yg digantung kat McD tuu..betul2 teaser my palate and encourage my stomach to go there..huhu
Promotion itu adalah MCDONALD'S DOUBLES, Double the taste, Double the enjoyment. Promotion ni start dari 22/4/10-31/5 2010....

Sape yg belum berpeluang tuu, sila la pergi cepat2...coz mcm biasa its totally worth it!!!~ kenyang memg kenyang~ hehe
Tapi kalo nak lagi berbaloi~ pergila waktu Mc Value Lunch dari pukul 1-3pm oke!!~ Nyum2..



Nampak menyelerakan tak?? hehe.....sedap sungguh Double McChicken nie..




Hahaha, smpi terkeluar Salad2 dia..



Packaging dia pun smart n simple...Cute giler, rasa nak bawak balik jee..huhu
Pasni kalau ada promotion baru dr McD, AJ akan wat review jugak oke! Chiau Cincau~