BarbeQue not that B*bi Queue oke!! =)

|
Malas nya nak studi untuk Paper final khamis niee....dah la ada 2 paper sekaligus, killer subject lak tu....naseb bukan painkiller or dress to kill...hohoho
Petang2 camni 6.00 pm kalau baca buku memang tak masuk otak ( tapi untuk sedapkan hati & untuk nampak rajin, terpaksa lah sumbat semuanya ibarat tauhu sumbat yang dijual di pasar malam.)
Sebut pasal tauhu sumbat, da lama tak makannn...ngidam la pulak..haha
Lebih2 lagi dicicah bersama kuah merah ataupun kuah kacang.......* proses saliva keluar tanpa henti bermula * hihihi

Oke2...back 2 basic, membebel lak AJ ni...entry kat atas ni tulis BBQ yang akan diadakan kat umah Datin. Datin mana?? haha...maap, saya bukan org atasan yang berkawan dengan datin2 mahupun datin wannabe ataupun son of the fish ( hihihi )....tapi Datin yg dimaksudkan adalah Datin Azizan lecturer yang mengajar AJ subjek Nutrition for Professional Semester 4 nie..
Standing ovation for me, sebab pernah belajar ngan Datin ( hahaha..macam la orang lain tak penah kan =P )

Bestnyee Datin nak belanje kitaorg 1 kelas BBQ kat rumah beliau, tapi dengan berat hati dan down to earthnya ( dalam bahasa melayu AJ selalu pandang bumi sebab pemalu orangnya..ahaks!~) AJ dan sahabat baik iaitu Shafiee tak dapat nak join sekali sebab banyak lagi chapter Hospitality Procurement ngan Nutrition tak habis cover lagi....
So niat nak berparty atau par-tea or have fun atau menggila memang tak muncul di hati nurani kami sejak exam week melanda diri umpama tsunami...

Kepada kawan-kawan yang pergi BBQ rumah Datin tuu, silalah bawak tupperware lebih supaya dapat tapau kan untuk kami yang sedang kencang dan hebat mentelaah pelajaran di rumah sewa nan indah nie..
And most importantly jangan lupa untuk kirim salam kat Datin and snap gambar banyak2 oke!!

P/s : sekali lagi MAAF kepada Keluarga Datin sebab tetamu kehormat mu ini tidak dapat menghadiri majlis gilang gemilang ini kerana banyak lagi perkara lain yang harus kami lakukan...diharapkan majlis tetap meriah tanpa kami di sisi ( cheewahhhhh~ hahaha =) )


  • Cerita pasal BBQ ni, Tetibe lak AJ teringat ayam Kenny waktu Praktikal dulu ( mcm takde kaitan jee antara roasting and barbeque...hahaha)....nanti AJ cerita experience praktikal at Next entry oke!~ Kalo rajin laa....hahaha...Chiau Cincau~

0 comments:

Post a Comment